Wednesday, 30 November 2016

Bermula Hanya dengan Dropship | Cara Kerja Dropship

Ada tak kat sini yang tak pernah dengar perkataan dropship tak? Mungkin ada, tapi tak ramai kot. Sebab sekarang ni boleh nampak trend bisnes online. Ramai orang berpusu-pusu start perniagaan online dan yang paling famous di instagram dan facebook. Maklumlah, teknologi semakin canggih, dunia semua dihujung jari. Hanya dengan satu ketik, boleh dapat barang terus sampai ke rumah tanpa perlu pergi ke shopping mall, ke kedai dan sebagainya. Betul tak? Dan mungkin ramai yang berminat nak memulakan bisnes online tapi takde modal, anda sebenarnya boleh memulakan dengan menjadi dropship dulu.

Kat sini fieqa nak cerita macam mana fieqa boleh terjebak dengan bisnes online ni. Actually, macam yang fieqa pernah cerita dulu, fieqa sukaaa sangat beli barang online. Kalau nak beli, mesti la kita stalk2 dulu online shop tu, betul tak? Takkan nak terus beli tanpa baca details, selidik dulu, tengok samada owner tu trusted ke tak and so on kan? Haa.. masa cuti sem tahun 2015 dulu, memang addict giler ngan online shopping ni, lagi2 kat instagram laa.. Hari2 ngadap ig nak tgk apa yang best2 kat online shop,,fuhh memang takde kerjaa buat mcm ni 2 bulan..haha then dari situ, timbul minat nak jugak ada online shop sendiri.. haha apa pelik perasaan ni datang tiba2 tak tau laa..padahal dulu memang tak minat giler bisnes2 ni.. Teringat masa tahun 2 kat UKM ada subjek CESMED, belajar pasal perniagaan. Ya Allah..masa ni memang tak suka bisnes, rasa taknak masuk kelas tu, boring, bosan. Pernah sekali tu lecturer tanya kat kelas, "ada tak sesape kat sini berminat dengan perniagaan?", sorang pun tak angkat tangan, fieqa lagi la time tu jauh panggang dari api kan? πŸ˜‚ But well, people changes, dari benci jadi cinta..ewahh.. Then fieqa pun cakap ngan adik yang fieqa nak buat online shop, dia cakap "tak payah la..kau kan tengah study, nanti terganggu". Masa tu macam hmm ok lah,,lepas habis belajar baru buat, TAPI perasaan gian nak ada online shop tu memang tak boleh dibendung lagi. Kebetulan masa tu, ada yang mencari dropshipper.. masa tu tak faham sangat kerja dropship, then i pergi la tanya Mr. Google.



Apa yang fieqa faham masa tu, dropship tak perlu pegang stok barang, tak payah pos barang, just promote produk owner tu, then kalau ada pembeli, pembeli akan whatsapp kita, bayar kat kita, kita bayar harga borong produk tu kat owner. Nanti owner yang post kan. Untung yang kita dapat tu ikut berapa banyak kita dapat jual laa..Contoh, harga borong dari owner RM15, kita jual RM30 (harga kita boleh tetapkan sendiri ikut berapa untung kita nak), then nanti pembeli bayar RM30 kat kita, kita transfer RM15 je kat owner, yang lebih tu kita dapat..haa macam tu laa.. faham kan? Macam fieqa, fieqa suka produk kosmetik, so buat dropship produk kosmetik masa tu..hehe.. Contoh produk kosmetik tu macam floral mask, skincare, serum, lipstick dan lain2. Masa mula2 buat fieqa amek untung sikit jeee, sebab mcm fieqa cakap tadi, fieqa buat dropship ni bukan nak duit, tapi sebab nak ada online shop..haha.. Fieqa setiap sem dapat biasiswa JPA, so duit takde masalah di situ..
Tapi diingatkan ye, perang harga actually sangat dilarang, sangat tak baik untuk sesuatu perniagaan.

Masa nak start tu masih blur2 lagi, rasa takut nak memulakan pun ada.. then contact owner tu, tanya beberapa soalan yang tak tahu dan inginkan kepastian. Antara soalan yang fieqa ingat,

1. Sekarang ni ada yang hantar resit palsu, macam mana kita nak pastikan yang dia memang dah bayar? Selain check ATM, ada cara yang lagi mudah tak? Leceh la kan asyik nak ulang-alik ATM
JAWAPAN OWNER: Buat maybank2u. Boleh check dan transfer duit secara online.

2. Kalau jadi dropship dia, kita boleh dapat harga lagi murah dari harga borong yg dia jual tak? πŸ˜‚
JAWAPAN OWNER : Tak boleh.. harga standard utk semua .. (haha LOL..)

Ada lagi beberapa soalan, tapi berkaitan kerja dropship laa..semua yg macam dah diceritakan tadi.. Nama ig shop fieqa dulu @calissa_fieqa, tapi skrg dah tak wujud ig tu,,sebab sekarang fieqa tak buat dropship kosmetik dah.. Fieqa sekarang berniaga produk kesihatan dan kecantikan Shaklee jeww. Berniaga Shaklee lebih kurang macam kerja dropship, tapi kena bayar yuran ahli dulu RM80 termasuk pos starter kit. Boleh follow instagram @shaklee_fieqa sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee atau berminat nak buat bisnes Shaklee pun boleh contact fieqa.. nanti fieqa ajar lebih details dan masukkan dalam group besar kami #superstarshaklee dengan bimbingan seorang master yang bertauliah dan sangat pakar dalam kesihatan. Ada bimbingan macam mana nak start berniaga dari awal sampai lah korang berjaya nanti, in shaa Allah.. Berminat boleh contact fieqa ye, 0136523682..

Tuesday, 29 November 2016

Pengalaman 2 bulan Latihan Industri di Hospital Melaka 2016

Bismillahirrahmanirrahim.. ok hari ni fieqa nak cerita sikit tentang pengalaman buat latihan industri di Hospital Melaka. Latihan industri ni antara kursus wajib universiti kalau nak graduate. So nak tak nak memang kena buat jugak la.. πŸ˜‚ Lecturer bagi kami buat pilihan sendiri nak buat LI kat mana, and of course la nak cari hospital yg dekat2 dengan rumah kan? Senang nak balik..haha motif sangat.. Ada jugak kawan2 yang buat LI kat oversea seperti di Taiwan, Chiang Mai dan Indonesia. Pengalaman mereka of course la lagi ohsem! 2 bulan kat negara orang kot.. Kalau ikutkan fieqa nak buat LI kat Hospital Sultanah Fatimah, Muar je. Buat kat situ, memang setiap hari balik rumah le jawabnye, 5 minit je kot dari rumah TAPI hospital ni takde MOU dengan UKM, so hmm malas lah nak request, dan lagi satu, takde kawan πŸ˜‚πŸ˜‚ nanti awkward pulak sorang2.. lol then, letak lah Hospital Melaka ni as my first choice. And alhamdulillah, dapat lah LI di sini bersama lagi dengan 3 kawan dari UKM iaitu Nisa, Tera dan Ginny.

Kita orang start LI 11 Julai sampai 2 September di Jabatan Patologi. Jabatan Patologi ni dekat2 dengan wad O&G dan wad bersalin so selalu la nampak baby, geram tengok 😚 Kat floor bawah bangunan pulak ada bilik mayat, mula2 scary la jugak tapi dalam masa yang sama mengingatkan kematian... Actually, fieqa tak sangka bila dah habis LI akan rinduuu kat Hospital Melaka sebab staff kat sana baik sangat, friendly.. Diorang bagi jugak kita org handle test2 kat dalam lab, so takde la boring sangat kan.. Kawan2 dari universiti lain yang LI kat situ pun baik.. Sebelum ni pernah buat praktikal kat hospital lain, tapi suasana dia tak berapa menarik dan staff pun tak berapa friendly, berbeza sangat dengan kat Hospital Melaka, and seriously tak salah pilih hospital ni nak buat LI. Dalam Jabatan Patologi ni, dia gabungkan semua lab sekali iaitu lab patologi kimia, lab sitologi, lab histologi, lab hematologi, blood bank, lab serologi dan lab mikobiologi. 7 lab semuanya untuk kte org cover dalam 2 bulan (8 minggu). So, dapat masuk seminggu je untuk 1 lab, cuma lab patologi kimia je dapat masuk 2 minggu. Ok dalam entry ni, fieqa tak nak lah cerita test apa yang dibuat dalam setiap lab, korang pun maybe tak berminat nak tau kan? 😀

Dalam 2 bulan semestinya ada pengalaman manis dan pahitnya, betul tak? Tapi yang pahit tu la yang senang lekat kat kepala..hehe nak tau tak ceritanye? Benda ni berlaku masa kita org posting di Lab Serologi.. Untuk tak confusing, fieqa cerita dulu step proses sampel serologi ni macam mana ok.. Mula2, sampel darah yang diterima di kaunter kena centrifuge dulu 10 minit, then dah siap centrifuge, kena tanggalkan cap dekat tube sampel sebelum masuk ke mesin test untuk confirmkan sama ada sampel ni positif HIV/HBV/HCV atau tak...Nak dijadikan cerita, masa tu lagi 10 minit sebelum waktu rehat tengah hari.. Well, masing2 dah lapar dan fikir nak makan je kan.. Tengah sibuk tunggu jam berdetik pukul 1, tiba-tiba ada sorang staff ni dia suruh transferkan tube sampel darah yang dah dicentrifuge ke mesin test. Sampel darah ni bukan sampel darah biasa ok, tapi sampel darah pesakit yang disyaki HIV. Haihh,,serius bahaya... Lepas dah siap di centrifuge, cepat2 la fieqa keluarkan tube dari mesin centrifuge tu dan terus transfer ke mesin test serologi TANPA BUKAK CAP kat tube tu. Dah kalut nak makan punya pasal.. Lepas naik rehat pukul 2, tiba-tiba ada staff kat situ tanya, "siapa yang masukkan sampel dalam mesin? Tube tu dah tersangkut kat probe dalam mesin tu?".. Haa masa ni, berderau darah dan tengok sendiri macam mana cap tube tu terlekat kat probe mesin.. Takut sangat, semua orang dah kecoh2, dan punca nye adalah fieqa! Sorang staff kat situ, nama dia Mr. Ken, dia cakap, "siapa yang buat, pay RM10,000". OMG! Habis duit JPA 2 sem..haha,, cuak jugak laa masa tu.. semua orang dah kecoh2 and of course la dah tuding jari kat fieqa.. 😭😭 Then, ada staff yang tolong baiki mesin tu, tak tau dia buat macam mana sebab tak tengok.. kte org berempat dah duduk kat penjuru lab memikirkan nasib,,haha.. Lepas dah dibaiki, dia cakap la nasib baik probe tu tersangkut je dengan cap, kalau probe tu patah kena bayar RM10,000,,huhu tak tau la dia betul2 ke main2.. Memory sangat kalau ingat balik.. nasib baik staff kat lab serologi tu semua baik2 dan friendly, kalau takkk,...habis laaa...
Ok macam ni la rupa tube. Cap tu yang warna merah, yang tak ditanggalkan masa nak masukkan ke mesin test dan tersangkut kat probe..huhu probe tu macam jarum untuk sedut sampel darah dari tube. Bila cap tak buka, tersangkut laa..
Gambar mesin test tu tak boleh tunjuk sini..too confidential..imagine je la eh πŸ˜„

Cerita kedua ni berlaku kat kawan fieqa pulak.. Sampel dari pesakit HIV jugak, tapi bukan darah, sampel air kencing (urine). Benda ni berlaku kat lab patologi kimia, so urine ni utk ujian biokimia nak confirmkan positif HIV ke tak. Sampel ni bukan dari hospital je, ada yang dari penjara. Baca maklumat pesakit, Allahu sebak, kebanyakannya remaja, yang umur belasan tahun pun ada.. Muda2 dah terpengaruh dengan dadah.. Test ni dibuat 2 hari sebab procedure dia panjang.. Ok ceritanya, masa hari kedua test tu, tiba2 baru perasan sampel tak cukup. Sebelum ujian ni ada 32 sampel urine pesakit, then masa hari kedua tinggal 24 je, yang lagi 8 dah hilang.. Nak menangis dah kawan fieqa masa tu, staff kat situ, Encik Romzi dan Encik Saiful pun dah mati akal nak cari mana dan dah macam andaian diorang buat. Ada yang cakap terbuang tapi cari kat tong sampah takde, ada yang cakap dah tercampur dalam sampel lain, ni bahaya laa.. Kalau tercampur, means akan bagi result salah kat pesakit lain. Contoh, dia sepatutnya negatif HIV, kalau dah tercampur dengan urine positif, mesti la result pun jadi positif. Ishh kesian.. Encik Saiful muka dah marah masa tu, dia suruh cari balik baki urine pesakit yang sampelnye hilang dalam peti ais sebab nak repeat test, tapi masalahnya yang balance tu tak cukup isipadu dia, sikit sgt.. Kawan fieqa dah risau gila, then masa tu fieqa terfikir step sebelum yang sampel urine tu hilang..Fikir punya fikir, teringat kat centrifuge.. Cepat2 la kte org bgtau Encik Romzi, Encik Romzi pun baru macam teringat, then kita sama2 pergi kat centrifuge tu,, Sebelum bukak centrifuge, dia ckp baca selawat banyak2, sekali bukak haaa memang ada 8 sampel tu,,hahah mmg impossible sgt 8 boleh hilang kot.. kalau 1,2 boleh terima lagi.. lega gilaa masa tuu.. Apa yang fieqa suka staff kat Hospital Melaka ni, walau dalam situasi apa sekali pun, walaupun dalam keadaan cemas buat test yang kritikal pun, dia masih boleh rilex dan tak marah kte org yg buat silap. Bila masalah dah selesai, siap gelak2 pulak,,haha ok serius rinduu diorang! Diorang sangat positif..

Then, dekat Lab Hematologi pulak (ni takde cerita pahit dah), staff situ bagi kte org buat test-test yang ada kat lab.. Banyak jugak la test yang kte org buat, tapi yang fieqa ingat fieqa di suspect pembawa thalassemia (carrier)..haha tapi tak sempat nak buat ujian confirmation, sebab dah tamat LI, kena check lagi la pasni.. Dekat lab sitologi pulak, kte org diberi kesempatan tengok proses FNAC kat Klinik Payudara. Proses ni dia ambil sampel darah atau cyst kat payudara mereka yang disyaki ada breast cancer. Banyak lagi pengalaman kat Hospital Melaka ni, tapi cukup la cerita yang paling memberi kesan,,hehe. Time kte org LI ni masa hari raya. 1st day LI hari raya ke-5.. sedih kan? Orang sibuk beraya lagi, kte dah kena praktikal tapi yang best nya, dekat lab ni selalu buat jamuan raya.. Memang makan saje lee..

Ok dah cerita pasal hospital, nak cerita pasal Melaka pulak.. Apa yang best sgt pasal Melaka, makanan dia sedap2 kena dengan selera i yang suka pedas2. Paling rindu nasi ayam penyet dan bakso kat Hospital Melaka.. Memang makan tu je tiap hari, sebab makanan berlauk dia tak berapa membuka selera,,hehe.. Dan setiap hari Isnin, ada pasar malam dekat ngan rumah kte org,, time ni la paling best..macam2 makanan beli..seminggu sekali kan? Roti canai dekat depan rumah kte org pun sedap, rangup gilaa,,ok rinduuu.. opss,,,lupa nak cakap, rumah kte orang kat Pangsapuri Sri Siantan, jalan kaki ke Hospital Melaka dalam 20-30 minit jugak la sebab kawan fieqa yang 2 org ni jalan terkedek-kedek,.hahaπŸ˜‚ Sometimes, naik kereta pakcik kawan, so tak penat sgt..Pernah sekali tu time balik jalan kaki, tiba2 ada anjing, dia macam nak kejar dah.. haihh fieqa memang tak boleh ngan anjing ni,,traumaa.. habis tangan kawan fieqa cengkam dan cakar, nasib la awakkk..haha tapi selamat ada sorang budak tolong halaukan anjing tuu..

Kte org tak jalan sangat pun kat Melaka, maklumlah setiap hujung minggu balik kan,, mana sempat nak jalan2.. Cuma sekali je pernah jalan masa Hari Merdeka.. Cuti sehari je so malas nak balik, dapat lah jalan sekejap, tengok perarakan. Tapi overall, Melaka is ohsem!! Buat LI kat Hospital Melaka pun snagat ohsem! Rinduu.. till we meet again, Melaka.. hehe cehh mcm jauh sgt je Melaka dengan Muar kan 😜

Saturday, 26 November 2016

Online Shopping Lover

Assalamualaikum (tak jawab dosa 😜). Nak Tanya sikit ada tak kat sini yang sukeee sangat online shopping? Angkat kaki please,,eh eh takde laa..hihi.. Kalau yang ada tu, yeayy kita geng! Biasanya yang suka online shopping ni gegurl, betul tak? Lelaki pun ada tapi bape percent jee..Maklum lee, dah nama pun perempuan, tipu lah kalau tak suka shopping kan? πŸ˜‚

            Fieqa addict sangat kat online shopping ni especially kat instagram. Tak tahu kenapa. Pantang nampak benda best2, fieqa cari details pasal benda tu, siap google lagi and sampai founder produk tu fieqa stalk..haa dahsyat tak dahsyat? Haha πŸ˜‚ Fieqa bukan stalk pasal baju ke, shawl ke, kasut ke BUKAN! Tapi stalk pasal produk..haha pelik kan? LOL tapi kalau dah minat nak buat macam mana. Antara produk yang fieqa kaji lama adalah Syma Beauty, berbulan2 kaji produk ni pakej dengan founder dia syima eima. Haha 😁 Alhamdulillah dah setahun guna Syma Beauty, ok lah jugak.. dulu fieqa ada masalah jerawat kat pipi. Ishh geghamm.. Sekarang dah ok la sikit, sikit laa..

            Bermula fieqa berjinak dengan online shopping bila ternampak seseorang yang famous ni buat review produk di instagram. Then dari situ la fieqa kenal online shopping dan mula stalk2 ig shop yang best2. First thing yang dibeli dari ig shop adalah Argan Oil dari @naturiqa.. best guna argan oil ni, sebab dia natural.. Fieqa memang cari produk natural je, sebab pernah terkena dengan produk yang banyak bahan kimia yang buat muka fieqa naik jerawat dulu. Sebab tu la kaji lama sesuatu produk sebelum beli..hihi..
           
            Yang best nye online shopping ni selain boleh kaji betul2 benda kita nak, time barang dah sampai rumah rasa macam terima hadiah dari diri sendiri..haha excited dia kemain bila Nampak abang posmen datang rumah :D Selain tu, boleh compare harga yang mana lagi murah dari pelbagai ig shop..haaa best ke best? Tapi tapiiiii.. ada jugak yang tak best iaitu kena bayar postage.Huh! Postage dah la agak mahal, paling murah pun RM7, kalau berat barang tu lebih 500g jadi RM14.. Adoiyy part ni stress sikit laa.. dan lagi yang tak best sebab kita cuma dapat tengok gambar, tak boleh pegang2, dan cuba tu TAK boleh! So, ada perasaan yang kureng lee di situ..

            Sekarang ni dah ada apps Shopee, postage free kalau beli barang RM20 ke atas! Haa excited giler masa mula2 tau.. Kawan fieqa la yg ajar ni,,hmphh.. banyak lagi actually apps untuk shopping macam street11, lazada, zalora, mudah.com, banyak lagi laa. Tapi dalam phone fieqa ada shopee je, maklum la memory phone asyik full je..

Ok tu je la kot untuk kali ni.. ikutkan nak tulis panjang lagi, eh eh! Sebab banyak lagi pengalaman best2 time online shopping. Tapi nanti kang tulis panjang2 korang malas nak baca kan? Haha k bye bye….. 

Friday, 25 November 2016

Minuman Yakult baik untuk kesihatan | Lawatan ke kilang Yakult, Negeri Sembilan

Tahu tak sebenarnya Yakult sangat bagus untuk kesihatan usus? Selalu orang sibuk nak detox untuk bersihkan usus, tapi tak ramai yang amalkan Yakult untuk usus kan? Ok di sini fieqa akan berkongsi kebaikan Yakult untuk awak awak semua 😊 Pada 11/11/2016 yang lalu, pelajar biomedic UKM yang ambil kursus Biokimia Gunaan buat lawatan ke Kilang Yakult.. Tujuan dia untuk aplikasikan biokimia dalam proses buat Yakult.

Dapat Yakult free  πŸ˜
Kilang Yakult Seremban.. gambar ni diambil dari dalam bas.. so tak berapa cantik,,hehe
Sebenarnya, minuman Yakult ni dah dihidangkan kepada pesakit di 28 buah hospital di Malaysia. Kalau kat Jepun, Yakult ni dah lama digunakan di Pusat Kanser Kebangsaan. It means Yakult bukan minuman sebarangan, tapi bagus sangat untuk kesihatan. Minuman Yakult mengandungi 0% lemak dan 0% kolesterol, dan glisemik indeks (GI) dia pun rendah. GI rendah ni bermaksud kadar gula yang diserap ke dalam darah adalah perlahan, so tak hairan la kenapa Yakult boleh diberikan kepada pesakit termasuk pesakit kanser. Terdapat lebih 30 billion Strain Shirota dalam Yakult. Kalau kat iklan2, selalu dengar pasal Strain Shirota ni kan? Tapi tau tak ape benda strain ni dan apa kebaikan dia?

Strain Shirota terdapat pada bakteria Lactobacillus casei, iaitu BAKTERIA BAIK. Dalam usus kita ada bakteria berfaedah (bakteria baik) dan bakteria berbahaya (bakteria jahat).

Fungsi bakteria baik
❀ Menyekat pertumbuhan bakteria jahat
❀ Menyekat penghasilan bahan berbahaya (toksin) oleh bakteria usus
❀ Membantu penghadaman dan penyerapan nutrisi
❀ Menghasilkan vitamin
❀ Meningkatkan sistem imun dan elak jangkitan

Manakala, bakteria jahat pula
πŸ‘½ Menghasilkan bahan karsinogenik (penyebab kanser) dan bahan mutagenik
πŸ‘½ Menghasilkan toksin

Ok sekarang cuba tutup mata dan bayangkan dalam usus kita jumlah bakteria jahat lagi banyak daripada bakteria baik. Apa akan jadi? Semestinya banyak penghasilan toksin dalam usus, bila usus tak bersih dan banyak toksin, agak2 kita sihat tak? Dan kajian yang dijalankan oleh Dr. Minoru Shirota terhadap Strain Shirota Lactobacillus casei pada tahun 1930 sangat membantu semua orang untuk mendapatkan usus yang sihat dan kesihatan yang elok. Bukan semua bakteria boleh menjadi probiotik ok, ada beberapa syarat untuk sesuatu bakteria tu jadi probiotik.

Syarat-syarat probiotik
➀ Perlu terdiri daripada bakteria yang boleh hidup dalam usus manusia
➀ Mempunyai keupayaan hidup sampai ke usus
➀ Perlu terbukti secara saintifik berfaedah untuk kesihatan

Strain Shirota Lactobacillus casei ni mempunyai keupayaan untuk sampai ke usus sebab dia tahan terhadap asid perut (asid perut sangat pekat tau, pH dia 1.5-3.5.. tak semua bakteria boleh tahan pada keadaan yang sangat berasid ni) dan juga tahan terhadap hempedu.

Kalau dah beli Yakult dari pasaraya jangan pulak simpan kat dalam bonet panas2 bawah matahari..oh tidakk!!! Habis mati semua Strain Shirota.. Yakult sebaiknya disimpan di bawah suhu 10oC sebab Strain Shirota dalam keadaan tak aktif pada suhu bawah 15oC. Strain Shirota akan aktif pada suhu 15oC- 37oC. Pada masa ni, dia akan fermentasi gula laktosa menjadi asik laktik yang berasa masam. Suhu 37oC Strain Shirota akan mati, so jangan letak kat tempat panas2 ok..Penting tau nihh..

Last but not least, nak cerita pasal Dr. Minoru Shirota, pengasas Yakult juga pengasas probiotik dunia. Dr. Minoru shirota ni dari Jepun. Beliau lah yang menemui Lactocillus casei pada tahun sebab tu lah strain bakteria ni dinamakan Strain Shirota, diambil dari namanya. Masa dengar sejarah penhasilan Yakult oleh beliau ni, rasa nak menangis terharu. Rakyat Jepun masa tu miskin dan kesihatan mereka pun sangat teruk. Ada kanak-kanak yang mengalami sakit apa entah kat usus dia (sorry tak ingat sgt). Dari situ, Dr. Shirota buat kajian pasal bakteria usus pada tahun 1930 dan menemui Strain Shirota ni. Pada tahun 1935, Yakult berjaya dibotolkan dan beliau jual Yakult pada harga yang sangat murah sebab dia tahu rakyat Jepun miskin, kalau dia jual mahal orang tak mampu beli dan macam mana diorang nak sihat kan? Sekarang pun, kita boleh daptkan Yakult dengan harga hanya 90sen sebotol. Rasa motivasi sikit masa dengar tentang Dr. Shirota. Firman Allah yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain".

Dr. Minoru Shirota, pengasas Yakult dan bekteria Lactobacillus casei Shirota strain

Rupa-rupanya Yakult ni bukan ada minuman je tau.. ada produk farmaseutikal, suplimen kesihatan, produk susu,makanan dan yang fieqa paling terkejut kosmetik pun ada..excited jugak la bila tahu. Tapi kat Malaysia ni ada minuman Yakult je. Ada 33 negara yang jual Yakult, dan 25 kilang Yakult di seluruh dunia. Kita org berpeluang tengok mereka proses Yakult juga.. πŸ˜ƒ

Rombongan kami.. gambar screenshot dr FB kawan je,,huhu

My darlingss 😍 Cuba teka ai yang mana satu? hehe
Yakult seluruh dunia.
Kosmetik Yakult.. suka tengokkk.. nak plisss
Produk farmaseutikal Yakult















Thursday, 24 November 2016

Moment di Pulau Langkawi, Malaysia | Tempat best dilawati di Malaysia

Baru-baru ni Shaklee adakan trip ke Pulau Langkawi, Malaysia. Kalau cakap trip Shaklee, semestinya semua 5 bintang dan semuanya ditanggung Shaklee sepenuhnya, dari transportation kapal terbang, hotel 5 bintang, luggage, makanan jangan cerita laa, sedap2 dan banyak 😍 Tapi fieqa tak pergi laa..huhu tengok kawan2 yang pergi jee...and of course, I'm soooooo jealous walaupun dah pernah pergi masa April 2014 dulu, dah 2 tahun lebih.. Mestilah jeles, fieqa pergi dulu sebab kena buat khidmat masyarakat, sehari je dapat jalan2 kat sana.. tak puasss 😣 And and and kita orang kena beli makanan sendiri, transportation and penginapan kena bayar sendiri, kalau nak pergi tempat2 menarik pun kena bayar sendiri. Trip Shaklee semua diorang ditanggung... Ok *lap air mata*

Walaupun dah lebih 2 tahun, nak cerita jugak pengalaman di Langkawi tu.. boleh tak? πŸ˜‰ Macam yang fieqa cakap tadi, kita org pergi sebab ada khidmat masyarakat under kelab sahabat UKM. 4 hari 3 malam je rasanya, kejap jee.. Bertolak 11 malam dari UKM, sampai di Perlis pukul 5 pagi camtu.. First time naik bas berjam-jam, tak nyenyak tdur, sakit belakang pulak.. πŸ˜“ (haha banyak songeh)

Cantik sangat view Masjid Al-Hussain pada waktu subuh
Masjid Terapung Kuala Perlis

Muka bahagia walaupun tidur tak lena πŸ˜‚

Lepas solat dan sarapan, naik feri pulak dari Jeti, Kuala Perlis ke Pulau Langkawi..

Feri yang kami naik ke Pulau Langkawi

View dari dalam feri
Bila dah sampai, check in rumah, meeting untuk khidmat masyarakat untuk keesokannya. Khidmat masyarakat tu kita org buat kat Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Buat pemeriksaan kesihatan untuk penduduk di situ dan buat sukaneka untuk kanak kanak. Tengah hari tu hujan lebat jugak, agak terganggu la aktiviti kami, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

Di sekitar masjid ni lah khidmat masyarakat kami.. penduduk dia sporting!
Dan masa yang ditunggu2, esoknya baru lah dapat jalan2 pusing Langkawi..😍 Dalam masa sehari, agak rushing jugak la nak pergi semua tempat. So, memang banyak jugak tak sempat pergi macam Pantai Cenang, 3D museum art, gunung mat cincang etc etc.. Yang dapat pergi cuma kedai jual produk gamat, naik cable car, Mangrove Forest tour, Haji Ismail Group (tempat borong cokelat byk2.. ohhh very feveret 😍).. hmmmm tu je la kot..sikit je kan? πŸ˜‚ Ok jemput tengok gambar di Langkawi, hehe nak spam gmbr sendiri ai segann 😝

Kedai jual produk gamat..tapi tak dapat tengok gamat sebab tak pergi kilang dia..

Cable car yang kami naik..gayat dan takut nak masuk.. sebab dia bergerak masa kita masuk, so kena cepat2 fuuu
View dari atas.. cantik, tapi kenapa tak gayat ek masa ni? haha cuaca tak berapa elok,
baru lepas hujan.. Kalau hujan, takde chance la kita org dpt naik cable car..


Tempat Shahrukh Khan berlakon dalam hisdustan, cerita apa entah..hindustan ni mmg fail sikit,
kalau mak fieqa, dia tau laa kot..hehe..
Dah naik cable car, landing sini la.. boleh ambil gambar dari atas..ohsem!

Then, kami ke Mangrove tours..wuuu
Naik bot.. yeayyy



Kilim geoforest park, Langkawi

Dekat sini dapat tengok banyak burung helang..dia makan kulit ayam yang ditabur atas permukaan air

Banyak nye burung helang.. trademark langkawi nihh..

Dapat masuk gua kelawar,, tapi tak dapat tengok kelawar sebab gelap dan takut,tunduk je dalam tu,,huhu rugi betul..
orang lain pun tak bagi suluh, takut kelawar terbangun konon nye,,hehh

Dapat pegang ikan pari besar.. cuba tengok muka dia.. alaaa comell...haha πŸ˜ƒ
                             
Syurga cokelattt.. ok tempat ni paling rinduuu sekali.. please buat cawangan kat Muar, Johor pulak pasni..πŸ’•
Last day baru dapat tengok replika burung helang merah ni
View dari depan.. cuaca dah mendung time nih,,nak hujan..
well,kte org pergi mmg cuaca yang tak berapa ok. tapi still ohsem hehe
Tapi tapi tapi.....mana boleh kalah dengan trip Shaklee, dapat tidur hotel 5 bintang, makanan sedap2, pergi naik flight, takdela sakit belakang lama2 tidur dalam bas. hehe,, nanti fieqa cerita trip mereka ok, cerita dari kawan2 yang pergi.. esok ada test, so i need to go now.. babaiπŸ‘‹πŸ‘‹

Wednesday, 23 November 2016

Hello Bloggers!

Assalamualaikum hello everyone..This is the first and foremost entry in my blog yuhuu.. Baru nak berjinak-jinak dengan blog. Sebelum ni just aktif kat instagram dan fesbuk jee. Ehem.. so, let me introduce myself first la yeeee.. I’m Nur Afiqah Haron, you just can call me fieqa. Fieqa berasal dari Muar, Johor. Umur baru 17. eh eh! Tak laa.. 22 tahun sebenarnya, tapi setiap kali jumpa orang tak kenal mesti cakap umur belasan tahun hmm… Yang paling tak boleh bla ada yang cakap darjah 6.. Alahai! Tau la fieqa ni kecik molek orang nye, tapi darjah 6 tu melampau sangat..hahaπŸ˜‚

            Sekolah fieqa dulu berpindah randah, that’s why fieqa ada ramaiiiiii sangat kawan… haha tapi bila dah berpindah, dah jarang contact ngan kawan2 lama. So kita just touch touch gituu je huhu.. paling lama fieqa sekolah kat SK Tunku Mahmood 2 selama 5 tahun, then fieqa pindah Gemas and lastly my own hometown laa kat Muar.. ni kronologi sekolah fieqa

Tahun 2000                 -  Tabika Kemas Kluang
Tahun 2001-2005 -      -  SK Tunku Mahmood 2
Tahun 2006                 -  Sekolah Tunku Abdul Rahman
Tahun 2007                 -  SMK Gemas, Negeri Sembilan
Tahun 2008-2009        -  SK Sungai Abong, Muar
Tahun 2010-2011        -  Sekolah Menengah Sains Muar


Ok tengok gambar pun dah rinduuu 😭 Ni gambar google jee.. Sedar tak sedar dah 11 tahun tinggalkan sekolah tu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, ye dok? I really miss miss my childhood days at Kluang 😒😒 

Haa banyak kan sekolah fieqa,,haha korang hado? LOL motif sangat nak cerita pasal sekolah kat sini, mesti ada yang fikir camtu kan? Eh biar lahh, nanti mana tau kawan2 lama terbaca entry ni, boleh keep in touch balik gituww,, πŸ˜„ Then after SPM, (SPM ai cemerlang tau, straight A’s ok haha) dapat lah masuk uni,,yeayy!

Tahun 2012-2013        -  Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Tahun 2013-sekarang  -  Universiti Kebangsaan Malaysia (degree in Biomedical Science)

Alhamdulillah..
Bila tengok balik kehidupan, baru sedar dah tua sebenarnye. Dah banyak sangat pengalaman pahit manis yang dilalui, Teringat pula lagu Rapuh by Opick;

Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka, tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan
…

Ok tu je la kot, sedikit sebanyak about myself.. Nanti kita sambung lagi lain kali pulak ye πŸ’•
See you again guys! ? I’m newbie here..ececehh..kalau ada yang tersilap mohon teguran yaa.. Assalamualaikum..