Wednesday, 23 November 2016

Hello Bloggers!

Assalamualaikum hello everyone..This is the first and foremost entry in my blog yuhuu.. Baru nak berjinak-jinak dengan blog. Sebelum ni just aktif kat instagram dan fesbuk jee. Ehem.. so, let me introduce myself first la yeeee.. I’m Nur Afiqah Haron, you just can call me fieqa. Fieqa berasal dari Muar, Johor. Umur baru 17. eh eh! Tak laa.. 22 tahun sebenarnya, tapi setiap kali jumpa orang tak kenal mesti cakap umur belasan tahun hmm… Yang paling tak boleh bla ada yang cakap darjah 6.. Alahai! Tau la fieqa ni kecik molek orang nye, tapi darjah 6 tu melampau sangat..haha😂

            Sekolah fieqa dulu berpindah randah, that’s why fieqa ada ramaiiiiii sangat kawan… haha tapi bila dah berpindah, dah jarang contact ngan kawan2 lama. So kita just touch touch gituu je huhu.. paling lama fieqa sekolah kat SK Tunku Mahmood 2 selama 5 tahun, then fieqa pindah Gemas and lastly my own hometown laa kat Muar.. ni kronologi sekolah fieqa

Tahun 2000                 -  Tabika Kemas Kluang
Tahun 2001-2005 -      -  SK Tunku Mahmood 2
Tahun 2006                 -  Sekolah Tunku Abdul Rahman
Tahun 2007                 -  SMK Gemas, Negeri Sembilan
Tahun 2008-2009        -  SK Sungai Abong, Muar
Tahun 2010-2011        -  Sekolah Menengah Sains Muar


Ok tengok gambar pun dah rinduuu 😭 Ni gambar google jee.. Sedar tak sedar dah 11 tahun tinggalkan sekolah tu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, ye dok? I really miss miss my childhood days at Kluang 😢😢 

Haa banyak kan sekolah fieqa,,haha korang hado? LOL motif sangat nak cerita pasal sekolah kat sini, mesti ada yang fikir camtu kan? Eh biar lahh, nanti mana tau kawan2 lama terbaca entry ni, boleh keep in touch balik gituww,, 😄 Then after SPM, (SPM ai cemerlang tau, straight A’s ok haha) dapat lah masuk uni,,yeayy!

Tahun 2012-2013        -  Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Tahun 2013-sekarang  -  Universiti Kebangsaan Malaysia (degree in Biomedical Science)

Alhamdulillah..
Bila tengok balik kehidupan, baru sedar dah tua sebenarnye. Dah banyak sangat pengalaman pahit manis yang dilalui, Teringat pula lagu Rapuh by Opick;

Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka, tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan

Ok tu je la kot, sedikit sebanyak about myself.. Nanti kita sambung lagi lain kali pulak ye 💕
See you again guys! ? I’m newbie here..ececehh..kalau ada yang tersilap mohon teguran yaa.. Assalamualaikum..


1 comment:

  1. Saya pun bekas plajar SKTM 1 n 2...zaman saya ada dua sessi pagi n petang...tu la zaman 2 x de hp..kalau tak mesti byk gambar lama..

    ReplyDelete