Thursday, 24 November 2016

Moment di Pulau Langkawi, Malaysia | Tempat best dilawati di Malaysia

Baru-baru ni Shaklee adakan trip ke Pulau Langkawi, Malaysia. Kalau cakap trip Shaklee, semestinya semua 5 bintang dan semuanya ditanggung Shaklee sepenuhnya, dari transportation kapal terbang, hotel 5 bintang, luggage, makanan jangan cerita laa, sedap2 dan banyak 😍 Tapi fieqa tak pergi laa..huhu tengok kawan2 yang pergi jee...and of course, I'm soooooo jealous walaupun dah pernah pergi masa April 2014 dulu, dah 2 tahun lebih.. Mestilah jeles, fieqa pergi dulu sebab kena buat khidmat masyarakat, sehari je dapat jalan2 kat sana.. tak puasss 😣 And and and kita orang kena beli makanan sendiri, transportation and penginapan kena bayar sendiri, kalau nak pergi tempat2 menarik pun kena bayar sendiri. Trip Shaklee semua diorang ditanggung... Ok *lap air mata*

Walaupun dah lebih 2 tahun, nak cerita jugak pengalaman di Langkawi tu.. boleh tak? 😉 Macam yang fieqa cakap tadi, kita org pergi sebab ada khidmat masyarakat under kelab sahabat UKM. 4 hari 3 malam je rasanya, kejap jee.. Bertolak 11 malam dari UKM, sampai di Perlis pukul 5 pagi camtu.. First time naik bas berjam-jam, tak nyenyak tdur, sakit belakang pulak.. 😓 (haha banyak songeh)

Cantik sangat view Masjid Al-Hussain pada waktu subuh
Masjid Terapung Kuala Perlis

Muka bahagia walaupun tidur tak lena 😂

Lepas solat dan sarapan, naik feri pulak dari Jeti, Kuala Perlis ke Pulau Langkawi..

Feri yang kami naik ke Pulau Langkawi

View dari dalam feri
Bila dah sampai, check in rumah, meeting untuk khidmat masyarakat untuk keesokannya. Khidmat masyarakat tu kita org buat kat Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Buat pemeriksaan kesihatan untuk penduduk di situ dan buat sukaneka untuk kanak kanak. Tengah hari tu hujan lebat jugak, agak terganggu la aktiviti kami, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

Di sekitar masjid ni lah khidmat masyarakat kami.. penduduk dia sporting!
Dan masa yang ditunggu2, esoknya baru lah dapat jalan2 pusing Langkawi..😍 Dalam masa sehari, agak rushing jugak la nak pergi semua tempat. So, memang banyak jugak tak sempat pergi macam Pantai Cenang, 3D museum art, gunung mat cincang etc etc.. Yang dapat pergi cuma kedai jual produk gamat, naik cable car, Mangrove Forest tour, Haji Ismail Group (tempat borong cokelat byk2.. ohhh very feveret 😍).. hmmmm tu je la kot..sikit je kan? 😂 Ok jemput tengok gambar di Langkawi, hehe nak spam gmbr sendiri ai segann 😝

Kedai jual produk gamat..tapi tak dapat tengok gamat sebab tak pergi kilang dia..

Cable car yang kami naik..gayat dan takut nak masuk.. sebab dia bergerak masa kita masuk, so kena cepat2 fuuu
View dari atas.. cantik, tapi kenapa tak gayat ek masa ni? haha cuaca tak berapa elok,
baru lepas hujan.. Kalau hujan, takde chance la kita org dpt naik cable car..


Tempat Shahrukh Khan berlakon dalam hisdustan, cerita apa entah..hindustan ni mmg fail sikit,
kalau mak fieqa, dia tau laa kot..hehe..
Dah naik cable car, landing sini la.. boleh ambil gambar dari atas..ohsem!

Then, kami ke Mangrove tours..wuuu
Naik bot.. yeayyy



Kilim geoforest park, Langkawi

Dekat sini dapat tengok banyak burung helang..dia makan kulit ayam yang ditabur atas permukaan air

Banyak nye burung helang.. trademark langkawi nihh..

Dapat masuk gua kelawar,, tapi tak dapat tengok kelawar sebab gelap dan takut,tunduk je dalam tu,,huhu rugi betul..
orang lain pun tak bagi suluh, takut kelawar terbangun konon nye,,hehh

Dapat pegang ikan pari besar.. cuba tengok muka dia.. alaaa comell...haha 😃
                             
Syurga cokelattt.. ok tempat ni paling rinduuu sekali.. please buat cawangan kat Muar, Johor pulak pasni..💕
Last day baru dapat tengok replika burung helang merah ni
View dari depan.. cuaca dah mendung time nih,,nak hujan..
well,kte org pergi mmg cuaca yang tak berapa ok. tapi still ohsem hehe
Tapi tapi tapi.....mana boleh kalah dengan trip Shaklee, dapat tidur hotel 5 bintang, makanan sedap2, pergi naik flight, takdela sakit belakang lama2 tidur dalam bas. hehe,, nanti fieqa cerita trip mereka ok, cerita dari kawan2 yang pergi.. esok ada test, so i need to go now.. babai👋👋

No comments:

Post a Comment