Kat sini fieqa nak cerita macam mana fieqa boleh terjebak dengan bisnes online ni. Actually, macam yang fieqa pernah cerita dulu, fieqa sukaaa sangat beli barang online. Kalau nak beli, mesti la kita stalk2 dulu online shop tu, betul tak? Takkan nak terus beli tanpa baca details, selidik dulu, tengok samada owner tu trusted ke tak and so on kan? Haa.. masa cuti sem tahun 2015 dulu, memang addict giler ngan online shopping ni, lagi2 kat instagram laa.. Hari2 ngadap ig nak tgk apa yang best2 kat online shop,,fuhh memang takde kerjaa buat mcm ni 2 bulan..haha then dari situ, timbul minat nak jugak ada online shop sendiri.. haha apa pelik perasaan ni datang tiba2 tak tau laa..padahal dulu memang tak minat giler bisnes2 ni.. Teringat masa tahun 2 kat UKM ada subjek CESMED, belajar pasal perniagaan. Ya Allah..masa ni memang tak suka bisnes, rasa taknak masuk kelas tu, boring, bosan. Pernah sekali tu lecturer tanya kat kelas, "ada tak sesape kat sini berminat dengan perniagaan?", sorang pun tak angkat tangan, fieqa lagi la time tu jauh panggang dari api kan? 😂 But well, people changes, dari benci jadi cinta..ewahh.. Then fieqa pun cakap ngan adik yang fieqa nak buat online shop, dia cakap "tak payah la..kau kan tengah study, nanti terganggu". Masa tu macam hmm ok lah,,lepas habis belajar baru buat, TAPI perasaan gian nak ada online shop tu memang tak boleh dibendung lagi. Kebetulan masa tu, ada yang mencari dropshipper.. masa tu tak faham sangat kerja dropship, then i pergi la tanya Mr. Google.
Apa yang fieqa faham masa tu, dropship tak perlu pegang stok barang, tak payah pos barang, just promote produk owner tu, then kalau ada pembeli, pembeli akan whatsapp kita, bayar kat kita, kita bayar harga borong produk tu kat owner. Nanti owner yang post kan. Untung yang kita dapat tu ikut berapa banyak kita dapat jual laa..Contoh, harga borong dari owner RM15, kita jual RM30 (harga kita boleh tetapkan sendiri ikut berapa untung kita nak), then nanti pembeli bayar RM30 kat kita, kita transfer RM15 je kat owner, yang lebih tu kita dapat..haa macam tu laa.. faham kan? Macam fieqa, fieqa suka produk kosmetik, so buat dropship produk kosmetik masa tu..hehe.. Contoh produk kosmetik tu macam floral mask, skincare, serum, lipstick dan lain2. Masa mula2 buat fieqa amek untung sikit jeee, sebab mcm fieqa cakap tadi, fieqa buat dropship ni bukan nak duit, tapi sebab nak ada online shop..haha.. Fieqa setiap sem dapat biasiswa JPA, so duit takde masalah di situ..
Tapi diingatkan ye, perang harga actually sangat dilarang, sangat tak baik untuk sesuatu perniagaan.
Masa nak start tu masih blur2 lagi, rasa takut nak memulakan pun ada.. then contact owner tu, tanya beberapa soalan yang tak tahu dan inginkan kepastian. Antara soalan yang fieqa ingat,
1. Sekarang ni ada yang hantar resit palsu, macam mana kita nak pastikan yang dia memang dah bayar? Selain check ATM, ada cara yang lagi mudah tak? Leceh la kan asyik nak ulang-alik ATM
JAWAPAN OWNER: Buat maybank2u. Boleh check dan transfer duit secara online.
2. Kalau jadi dropship dia, kita boleh dapat harga lagi murah dari harga borong yg dia jual tak? 😂
JAWAPAN OWNER : Tak boleh.. harga standard utk semua .. (haha LOL..)Ada lagi beberapa soalan, tapi berkaitan kerja dropship laa..semua yg macam dah diceritakan tadi.. Nama ig shop fieqa dulu @calissa_fieqa, tapi skrg dah tak wujud ig tu,,sebab sekarang fieqa tak buat dropship kosmetik dah.. Fieqa sekarang berniaga produk kesihatan dan kecantikan Shaklee jeww. Berniaga Shaklee lebih kurang macam kerja dropship, tapi kena bayar yuran ahli dulu RM80 termasuk pos starter kit. Boleh follow instagram @shaklee_fieqa sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee atau berminat nak buat bisnes Shaklee pun boleh contact fieqa.. nanti fieqa ajar lebih details dan masukkan dalam group besar kami #superstarshaklee dengan bimbingan seorang master yang bertauliah dan sangat pakar dalam kesihatan. Ada bimbingan macam mana nak start berniaga dari awal sampai lah korang berjaya nanti, in shaa Allah.. Berminat boleh contact fieqa ye, 0136523682..
No comments:
Post a Comment