Friday, 25 November 2016

Minuman Yakult baik untuk kesihatan | Lawatan ke kilang Yakult, Negeri Sembilan

Tahu tak sebenarnya Yakult sangat bagus untuk kesihatan usus? Selalu orang sibuk nak detox untuk bersihkan usus, tapi tak ramai yang amalkan Yakult untuk usus kan? Ok di sini fieqa akan berkongsi kebaikan Yakult untuk awak awak semua 😊 Pada 11/11/2016 yang lalu, pelajar biomedic UKM yang ambil kursus Biokimia Gunaan buat lawatan ke Kilang Yakult.. Tujuan dia untuk aplikasikan biokimia dalam proses buat Yakult.

Dapat Yakult free  😍
Kilang Yakult Seremban.. gambar ni diambil dari dalam bas.. so tak berapa cantik,,hehe
Sebenarnya, minuman Yakult ni dah dihidangkan kepada pesakit di 28 buah hospital di Malaysia. Kalau kat Jepun, Yakult ni dah lama digunakan di Pusat Kanser Kebangsaan. It means Yakult bukan minuman sebarangan, tapi bagus sangat untuk kesihatan. Minuman Yakult mengandungi 0% lemak dan 0% kolesterol, dan glisemik indeks (GI) dia pun rendah. GI rendah ni bermaksud kadar gula yang diserap ke dalam darah adalah perlahan, so tak hairan la kenapa Yakult boleh diberikan kepada pesakit termasuk pesakit kanser. Terdapat lebih 30 billion Strain Shirota dalam Yakult. Kalau kat iklan2, selalu dengar pasal Strain Shirota ni kan? Tapi tau tak ape benda strain ni dan apa kebaikan dia?

Strain Shirota terdapat pada bakteria Lactobacillus casei, iaitu BAKTERIA BAIK. Dalam usus kita ada bakteria berfaedah (bakteria baik) dan bakteria berbahaya (bakteria jahat).

Fungsi bakteria baik
❤ Menyekat pertumbuhan bakteria jahat
❤ Menyekat penghasilan bahan berbahaya (toksin) oleh bakteria usus
❤ Membantu penghadaman dan penyerapan nutrisi
❤ Menghasilkan vitamin
❤ Meningkatkan sistem imun dan elak jangkitan

Manakala, bakteria jahat pula
👽 Menghasilkan bahan karsinogenik (penyebab kanser) dan bahan mutagenik
👽 Menghasilkan toksin

Ok sekarang cuba tutup mata dan bayangkan dalam usus kita jumlah bakteria jahat lagi banyak daripada bakteria baik. Apa akan jadi? Semestinya banyak penghasilan toksin dalam usus, bila usus tak bersih dan banyak toksin, agak2 kita sihat tak? Dan kajian yang dijalankan oleh Dr. Minoru Shirota terhadap Strain Shirota Lactobacillus casei pada tahun 1930 sangat membantu semua orang untuk mendapatkan usus yang sihat dan kesihatan yang elok. Bukan semua bakteria boleh menjadi probiotik ok, ada beberapa syarat untuk sesuatu bakteria tu jadi probiotik.

Syarat-syarat probiotik
➤ Perlu terdiri daripada bakteria yang boleh hidup dalam usus manusia
➤ Mempunyai keupayaan hidup sampai ke usus
➤ Perlu terbukti secara saintifik berfaedah untuk kesihatan

Strain Shirota Lactobacillus casei ni mempunyai keupayaan untuk sampai ke usus sebab dia tahan terhadap asid perut (asid perut sangat pekat tau, pH dia 1.5-3.5.. tak semua bakteria boleh tahan pada keadaan yang sangat berasid ni) dan juga tahan terhadap hempedu.

Kalau dah beli Yakult dari pasaraya jangan pulak simpan kat dalam bonet panas2 bawah matahari..oh tidakk!!! Habis mati semua Strain Shirota.. Yakult sebaiknya disimpan di bawah suhu 10oC sebab Strain Shirota dalam keadaan tak aktif pada suhu bawah 15oC. Strain Shirota akan aktif pada suhu 15oC- 37oC. Pada masa ni, dia akan fermentasi gula laktosa menjadi asik laktik yang berasa masam. Suhu 37oC Strain Shirota akan mati, so jangan letak kat tempat panas2 ok..Penting tau nihh..

Last but not least, nak cerita pasal Dr. Minoru Shirota, pengasas Yakult juga pengasas probiotik dunia. Dr. Minoru shirota ni dari Jepun. Beliau lah yang menemui Lactocillus casei pada tahun sebab tu lah strain bakteria ni dinamakan Strain Shirota, diambil dari namanya. Masa dengar sejarah penhasilan Yakult oleh beliau ni, rasa nak menangis terharu. Rakyat Jepun masa tu miskin dan kesihatan mereka pun sangat teruk. Ada kanak-kanak yang mengalami sakit apa entah kat usus dia (sorry tak ingat sgt). Dari situ, Dr. Shirota buat kajian pasal bakteria usus pada tahun 1930 dan menemui Strain Shirota ni. Pada tahun 1935, Yakult berjaya dibotolkan dan beliau jual Yakult pada harga yang sangat murah sebab dia tahu rakyat Jepun miskin, kalau dia jual mahal orang tak mampu beli dan macam mana diorang nak sihat kan? Sekarang pun, kita boleh daptkan Yakult dengan harga hanya 90sen sebotol. Rasa motivasi sikit masa dengar tentang Dr. Shirota. Firman Allah yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain".

Dr. Minoru Shirota, pengasas Yakult dan bekteria Lactobacillus casei Shirota strain

Rupa-rupanya Yakult ni bukan ada minuman je tau.. ada produk farmaseutikal, suplimen kesihatan, produk susu,makanan dan yang fieqa paling terkejut kosmetik pun ada..excited jugak la bila tahu. Tapi kat Malaysia ni ada minuman Yakult je. Ada 33 negara yang jual Yakult, dan 25 kilang Yakult di seluruh dunia. Kita org berpeluang tengok mereka proses Yakult juga.. 😃

Rombongan kami.. gambar screenshot dr FB kawan je,,huhu

My darlingss 😍 Cuba teka ai yang mana satu? hehe
Yakult seluruh dunia.
Kosmetik Yakult.. suka tengokkk.. nak plisss
Produk farmaseutikal Yakult















No comments:

Post a Comment