Tuesday, 29 November 2016

Pengalaman 2 bulan Latihan Industri di Hospital Melaka 2016

Bismillahirrahmanirrahim.. ok hari ni fieqa nak cerita sikit tentang pengalaman buat latihan industri di Hospital Melaka. Latihan industri ni antara kursus wajib universiti kalau nak graduate. So nak tak nak memang kena buat jugak la.. 😂 Lecturer bagi kami buat pilihan sendiri nak buat LI kat mana, and of course la nak cari hospital yg dekat2 dengan rumah kan? Senang nak balik..haha motif sangat.. Ada jugak kawan2 yang buat LI kat oversea seperti di Taiwan, Chiang Mai dan Indonesia. Pengalaman mereka of course la lagi ohsem! 2 bulan kat negara orang kot.. Kalau ikutkan fieqa nak buat LI kat Hospital Sultanah Fatimah, Muar je. Buat kat situ, memang setiap hari balik rumah le jawabnye, 5 minit je kot dari rumah TAPI hospital ni takde MOU dengan UKM, so hmm malas lah nak request, dan lagi satu, takde kawan 😂😂 nanti awkward pulak sorang2.. lol then, letak lah Hospital Melaka ni as my first choice. And alhamdulillah, dapat lah LI di sini bersama lagi dengan 3 kawan dari UKM iaitu Nisa, Tera dan Ginny.

Kita orang start LI 11 Julai sampai 2 September di Jabatan Patologi. Jabatan Patologi ni dekat2 dengan wad O&G dan wad bersalin so selalu la nampak baby, geram tengok 😚 Kat floor bawah bangunan pulak ada bilik mayat, mula2 scary la jugak tapi dalam masa yang sama mengingatkan kematian... Actually, fieqa tak sangka bila dah habis LI akan rinduuu kat Hospital Melaka sebab staff kat sana baik sangat, friendly.. Diorang bagi jugak kita org handle test2 kat dalam lab, so takde la boring sangat kan.. Kawan2 dari universiti lain yang LI kat situ pun baik.. Sebelum ni pernah buat praktikal kat hospital lain, tapi suasana dia tak berapa menarik dan staff pun tak berapa friendly, berbeza sangat dengan kat Hospital Melaka, and seriously tak salah pilih hospital ni nak buat LI. Dalam Jabatan Patologi ni, dia gabungkan semua lab sekali iaitu lab patologi kimia, lab sitologi, lab histologi, lab hematologi, blood bank, lab serologi dan lab mikobiologi. 7 lab semuanya untuk kte org cover dalam 2 bulan (8 minggu). So, dapat masuk seminggu je untuk 1 lab, cuma lab patologi kimia je dapat masuk 2 minggu. Ok dalam entry ni, fieqa tak nak lah cerita test apa yang dibuat dalam setiap lab, korang pun maybe tak berminat nak tau kan? 😤

Dalam 2 bulan semestinya ada pengalaman manis dan pahitnya, betul tak? Tapi yang pahit tu la yang senang lekat kat kepala..hehe nak tau tak ceritanye? Benda ni berlaku masa kita org posting di Lab Serologi.. Untuk tak confusing, fieqa cerita dulu step proses sampel serologi ni macam mana ok.. Mula2, sampel darah yang diterima di kaunter kena centrifuge dulu 10 minit, then dah siap centrifuge, kena tanggalkan cap dekat tube sampel sebelum masuk ke mesin test untuk confirmkan sama ada sampel ni positif HIV/HBV/HCV atau tak...Nak dijadikan cerita, masa tu lagi 10 minit sebelum waktu rehat tengah hari.. Well, masing2 dah lapar dan fikir nak makan je kan.. Tengah sibuk tunggu jam berdetik pukul 1, tiba-tiba ada sorang staff ni dia suruh transferkan tube sampel darah yang dah dicentrifuge ke mesin test. Sampel darah ni bukan sampel darah biasa ok, tapi sampel darah pesakit yang disyaki HIV. Haihh,,serius bahaya... Lepas dah siap di centrifuge, cepat2 la fieqa keluarkan tube dari mesin centrifuge tu dan terus transfer ke mesin test serologi TANPA BUKAK CAP kat tube tu. Dah kalut nak makan punya pasal.. Lepas naik rehat pukul 2, tiba-tiba ada staff kat situ tanya, "siapa yang masukkan sampel dalam mesin? Tube tu dah tersangkut kat probe dalam mesin tu?".. Haa masa ni, berderau darah dan tengok sendiri macam mana cap tube tu terlekat kat probe mesin.. Takut sangat, semua orang dah kecoh2, dan punca nye adalah fieqa! Sorang staff kat situ, nama dia Mr. Ken, dia cakap, "siapa yang buat, pay RM10,000". OMG! Habis duit JPA 2 sem..haha,, cuak jugak laa masa tu.. semua orang dah kecoh2 and of course la dah tuding jari kat fieqa.. 😭😭 Then, ada staff yang tolong baiki mesin tu, tak tau dia buat macam mana sebab tak tengok.. kte org berempat dah duduk kat penjuru lab memikirkan nasib,,haha.. Lepas dah dibaiki, dia cakap la nasib baik probe tu tersangkut je dengan cap, kalau probe tu patah kena bayar RM10,000,,huhu tak tau la dia betul2 ke main2.. Memory sangat kalau ingat balik.. nasib baik staff kat lab serologi tu semua baik2 dan friendly, kalau takkk,...habis laaa...
Ok macam ni la rupa tube. Cap tu yang warna merah, yang tak ditanggalkan masa nak masukkan ke mesin test dan tersangkut kat probe..huhu probe tu macam jarum untuk sedut sampel darah dari tube. Bila cap tak buka, tersangkut laa..
Gambar mesin test tu tak boleh tunjuk sini..too confidential..imagine je la eh 😄

Cerita kedua ni berlaku kat kawan fieqa pulak.. Sampel dari pesakit HIV jugak, tapi bukan darah, sampel air kencing (urine). Benda ni berlaku kat lab patologi kimia, so urine ni utk ujian biokimia nak confirmkan positif HIV ke tak. Sampel ni bukan dari hospital je, ada yang dari penjara. Baca maklumat pesakit, Allahu sebak, kebanyakannya remaja, yang umur belasan tahun pun ada.. Muda2 dah terpengaruh dengan dadah.. Test ni dibuat 2 hari sebab procedure dia panjang.. Ok ceritanya, masa hari kedua test tu, tiba2 baru perasan sampel tak cukup. Sebelum ujian ni ada 32 sampel urine pesakit, then masa hari kedua tinggal 24 je, yang lagi 8 dah hilang.. Nak menangis dah kawan fieqa masa tu, staff kat situ, Encik Romzi dan Encik Saiful pun dah mati akal nak cari mana dan dah macam andaian diorang buat. Ada yang cakap terbuang tapi cari kat tong sampah takde, ada yang cakap dah tercampur dalam sampel lain, ni bahaya laa.. Kalau tercampur, means akan bagi result salah kat pesakit lain. Contoh, dia sepatutnya negatif HIV, kalau dah tercampur dengan urine positif, mesti la result pun jadi positif. Ishh kesian.. Encik Saiful muka dah marah masa tu, dia suruh cari balik baki urine pesakit yang sampelnye hilang dalam peti ais sebab nak repeat test, tapi masalahnya yang balance tu tak cukup isipadu dia, sikit sgt.. Kawan fieqa dah risau gila, then masa tu fieqa terfikir step sebelum yang sampel urine tu hilang..Fikir punya fikir, teringat kat centrifuge.. Cepat2 la kte org bgtau Encik Romzi, Encik Romzi pun baru macam teringat, then kita sama2 pergi kat centrifuge tu,, Sebelum bukak centrifuge, dia ckp baca selawat banyak2, sekali bukak haaa memang ada 8 sampel tu,,hahah mmg impossible sgt 8 boleh hilang kot.. kalau 1,2 boleh terima lagi.. lega gilaa masa tuu.. Apa yang fieqa suka staff kat Hospital Melaka ni, walau dalam situasi apa sekali pun, walaupun dalam keadaan cemas buat test yang kritikal pun, dia masih boleh rilex dan tak marah kte org yg buat silap. Bila masalah dah selesai, siap gelak2 pulak,,haha ok serius rinduu diorang! Diorang sangat positif..

Then, dekat Lab Hematologi pulak (ni takde cerita pahit dah), staff situ bagi kte org buat test-test yang ada kat lab.. Banyak jugak la test yang kte org buat, tapi yang fieqa ingat fieqa di suspect pembawa thalassemia (carrier)..haha tapi tak sempat nak buat ujian confirmation, sebab dah tamat LI, kena check lagi la pasni.. Dekat lab sitologi pulak, kte org diberi kesempatan tengok proses FNAC kat Klinik Payudara. Proses ni dia ambil sampel darah atau cyst kat payudara mereka yang disyaki ada breast cancer. Banyak lagi pengalaman kat Hospital Melaka ni, tapi cukup la cerita yang paling memberi kesan,,hehe. Time kte org LI ni masa hari raya. 1st day LI hari raya ke-5.. sedih kan? Orang sibuk beraya lagi, kte dah kena praktikal tapi yang best nya, dekat lab ni selalu buat jamuan raya.. Memang makan saje lee..

Ok dah cerita pasal hospital, nak cerita pasal Melaka pulak.. Apa yang best sgt pasal Melaka, makanan dia sedap2 kena dengan selera i yang suka pedas2. Paling rindu nasi ayam penyet dan bakso kat Hospital Melaka.. Memang makan tu je tiap hari, sebab makanan berlauk dia tak berapa membuka selera,,hehe.. Dan setiap hari Isnin, ada pasar malam dekat ngan rumah kte org,, time ni la paling best..macam2 makanan beli..seminggu sekali kan? Roti canai dekat depan rumah kte org pun sedap, rangup gilaa,,ok rinduuu.. opss,,,lupa nak cakap, rumah kte orang kat Pangsapuri Sri Siantan, jalan kaki ke Hospital Melaka dalam 20-30 minit jugak la sebab kawan fieqa yang 2 org ni jalan terkedek-kedek,.haha😂 Sometimes, naik kereta pakcik kawan, so tak penat sgt..Pernah sekali tu time balik jalan kaki, tiba2 ada anjing, dia macam nak kejar dah.. haihh fieqa memang tak boleh ngan anjing ni,,traumaa.. habis tangan kawan fieqa cengkam dan cakar, nasib la awakkk..haha tapi selamat ada sorang budak tolong halaukan anjing tuu..

Kte org tak jalan sangat pun kat Melaka, maklumlah setiap hujung minggu balik kan,, mana sempat nak jalan2.. Cuma sekali je pernah jalan masa Hari Merdeka.. Cuti sehari je so malas nak balik, dapat lah jalan sekejap, tengok perarakan. Tapi overall, Melaka is ohsem!! Buat LI kat Hospital Melaka pun snagat ohsem! Rinduu.. till we meet again, Melaka.. hehe cehh mcm jauh sgt je Melaka dengan Muar kan 😜

5 comments:

  1. Salam, hye fieqa. Nak tanya mcm mne nk apply LI kt hosp melaka? And awak course apa ye?

    ReplyDelete
  2. mcm mn apply li kat hospital

    ReplyDelete
  3. fikah u internship as what??? i mean kos ape???

    ReplyDelete
  4. Hai fikah. You ambik kos apa ye dulu?

    ReplyDelete